Kuala Lumpur, 16 April – The Perodua Suppliers Association (P2SA) 2026 Student Visit Program was successfully held at Pusat Sains Negara yesterday. Jointly supported by SHJ Interia Sdn. Bhd. and eight other corporate partners, this Corporate Social Responsibility (CSR) initiative aimed to provide meaningful educational exposure, promote active learning, and inspire students to further develop their interest in science and technology.
The educational visit involved a total of 60 students and 10 accompanying teachers from two primary schools in Rawang, Selangor: SK Sungai Choh and SJK (C) San Yuk. The program was specially organized to provide experiential learning opportunities for the participants, particularly those from B40 families.

Throughout the visit to Pusat Sains Negara, participants had the opportunity to explore various applications of science and technology through interactive exhibitions, hands-on activities, and educational demonstrations. This experience allowed students to gain practical exposure beyond the classroom environment while fostering curiosity, creativity, and critical thinking. The program also successfully promoted collaboration and positive engagement among students, teachers, volunteers, organizers, and corporate partners, creating a meaningful and enjoyable learning environment for all.
This initiative successfully provided an enriching educational experience for the students while cultivating an appreciation for science and technology in daily life. The interactive activities and demonstrations at Pusat Sains Negara exposed them to new learning opportunities, serving as a powerful source of motivation to encourage them to pursue their ambitions in the fields of science and technology.
Kuala Lumpur, 15 April – Program Lawatan Pelajar Persatuan Pembekal Perodua (P2SA) 2026 telah berjaya dilaksanakan di Pusat Sains Negara dekat sini, hari ini. Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dijalankan oleh persatuan itu bertujuan memberikan pendedahan pendidikan, menggalakkan pembelajaran aktif serta menyuntik inspirasi kepada para pelajar untuk mendalami minat dalam bidang sains dan teknologi.
Selain pihak P2SA, lawatan itu turut mendapat sokongan SHJ Interia Sdn. Bhd. dan lapan rakan korporat yang lain.
Program lawatan pendidikan tersebut melibatkan seramai 60 orang murid dan 10 orang guru pengiring daripada dua buah sekolah rendah iaitu SK Sungai Choh dan SJK (C) San Yuk di Rawang Selangor. Program ini dianjurkan secara khusus bagi menyediakan peluang pembelajaran melalui pengalaman kepada para peserta terutamanya mereka yang berada dalam kategori keluarga B40.
Sepanjang lawatan di Pusat Sains Negara, para peserta berpeluang menerokai pelbagai aplikasi sains dan teknologi melalui pameran interaktif, aktiviti amali serta demonstrasi pendidikan. Pengalaman ini memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan pendedahan praktikal di luar bilik darjah, di samping memupuk sifat ingin tahu, kreativiti dan pemikiran kritis. Program ini juga berjaya mengeratkan kerjasama dan interaksi positif antara murid, guru, sukarelawan, penganjur serta rakan korporat, sekaligus mewujudkan suasana pembelajaran yang bermakna dan menyeronokkan.
Inisiatif tersebut juga berjaya memberikan pengalaman pendidikan yang memperkayakan minda pelajar di samping memupuk nilai cinta kepada ilmu sains dan teknologi dalam kehidupan seharian. Program-program yang disertai oleh para peserta seperti demonstrasi dan aktiviti praktikal di Pusat Sains Negara tersebut telah mendedahkan mereka dengan peluang dan pengalaman pembelajaran yang baharu, di samping menjadi motivasi dan dorongan kepada mereka untuk mengejar cita-cita mereka dalam bidang sains dan teknologi.