Raja Muda of Perlis Launches ‘Mojoku Hilang’ Film Premiere

KUALA LUMPUR, July 20 – The Raja Muda of Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, and the Raja Puan Muda of Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, graced the premiere of the film Mojoku Hilang at TGV Suria KLCC, here today.

Also in attendance were the Second Heir to the Perlis Throne, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail, alongside royal princesses Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail and Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail. Showing corporate support was SHJ Auto Sdn. Bhd. Managing Director, YM Syed Mohammad Hafiz Jamalullail, representing the company as one of the sponsors for the film.

Upon arrival, the royal family was welcomed by representatives from Astro Shaw, the film producer, director, cast members, and production crew, who joined in officiating the symbolic launch of the premiere.

Photo courtesy of Facebook Suka Filem

Mojoku Hilang is produced by Double Vision in collaboration with Astro Shaw, Mocha Chai Laboratories, and Argo Films. The story follows Adi, played by Adipati Dolken, who goes disguised to earn the trust of villagers in order to seize their land and smuggle Mojo back to Kuala Lumpur. However, his mission changes when he falls in love with a local village girl named Ayu, played by Mimi Lana.

Directed by Min Lim, the romantic comedy features a lineup of veteran and emerging actors, including Wan Hanafi Su, Ahmad Tamimi Siregar, Aziz M. Osman, and many others. Filmed almost entirely in Perlis through collaboration with the Tuanku Syed Putra Foundation (YTSP), the movie highlights iconic locations such as Kampung Wai in Kuala Perlis and Timah Tasoh Lake, displaying the state’s natural beauty, cultural heritage, and unique identity.

The production of the film is seen not only as a boost to the local film industry, but also holds strong potential to promote Perlis as a tourist destination, in line with the Visit Perlis Year 2024-2026 campaign.

Mojoku Hilang will be available in cinemas starting July 23.


KUALA LUMPUR, 20 Julai – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat ke Majlis Tayangan Perdana Filem Mojoku Hilang yang berlangsung di TGV Suria KLCC, di sini, hari ini.

Turut berangkat ialah Waris Yang Kedua Negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail serta anakanda-anakanda puteri, Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail dan Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail. Hadir sama memberi sokongan ialah Pengarah Urusan SHJ Auto Sdn. Bhd., YM Syed Mohammad Hafiz Jamalullail mewakili pihak syarikat yang merupakan antara penaja bagi penghasilan filem berkenaan.

Keberangkatan baginda disambut wakil Astro Shaw, penerbit, pengarah, barisan pelakon serta kru produksi filem berkenaan yang juga turut sama menyempurnakan simbolik perasmian majlis itu.

Photo courtesy of Facebook Suka Filem

Mojoku Hilang merupakan sebuah filem terbitan Double Vision dengan kerjasama Astro Shaw, Mocha Chai Laboratories dan Argo Films, mengisahkan Adi yang dilakonkan oleh Adipati Dolken terpaksa menyamar bagi mendapatkan kepercayaan orang kampung dengan niat membolot tanah milik mereka dan menyeludup Mojo yang telah diculik oleh orang kampung kembali ke Kuala Lumpur. Namun, kehadiran Ayu (Mimi Lana) menjadikan misi Adi berubah apabila dia telah jatuh hati dengan gadis kampung itu.

Filem bergenre romatik komedi yang diarahkan oleh Min Lim itu turut menampilkan gandingan pelakon lama dan baharu seperti Wan Hanafi Su, Ahmad Tamimi Siregar, Aziz M. Osman dan ramai lagi. Penggambaran filem tersebut yang dijalankan hampir keseluruhannya di negeri Perlis menerima kerjasama Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP), mengetengahkan lokasi-lokasi ikonik seperti Kampung Wai di Kuala Perlis, Tasik Timah Tasoh serta beberapa lokasi lain yang memaparkan keindahan alam semula jadi, warisan budaya dan identiti unik negeri berkenaan.

Penghasilan filem berkenaan dilihat bukan sahaja menyumbang kepada perkembangan industri perfileman tempatan, malah berpotensi memperkukuh usaha mempromosikan Perlis sebagai destinasi pelancongan menerusi medium seni dan hiburan, selaras dengan aspirasi kempen Tahun Melawat Perlis 2024-2026.

Mojoku Hilang bakal ditayangkan di pawagam bermula 23 Julai.

Scroll to Top