KUALA LUMPUR, 12 August – SHJ Auto Sdn. Bhd. was among 17 companies honoured by the Zakat Collection Centre of the Federal Territories Islamic Religious Council (PPZ-MAIWP) for fulfilling their business zakat obligations for the 2025 haul.
SHJ Auto Sdn. Bhd. was represented at the ceremony by Siti Rokiah Musa, Senior Executive Account & Human Resource and Nursyaza Nazira Raziman, Human Resource Executive.
The event was officiated by YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar, Minister in the Prime Minister’s Department (Religious Affairs), and witnessed by Dato’ Sri Amrin Awaluddin, Chairman of PPZ-MAIWP, and Haji Syed Kamarulzaman Syed Kabeer, Chairman of MAIWP.



The appreciation ceremony was held to recognise the commitment of corporate organisations and entrepreneurs in the Federal Territories in supporting the welfare of the ummah through a transparent and effective zakat system.
In his address, Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im emphasised that business zakat goes beyond purifying wealth, serving instead as a catalyst for various assistance initiatives, including educational scholarships, support for small entrepreneurs, and monthly aid for asnaf families. He noted that without the commitment of zakat contributors, more than 34,000 asnaf household heads may not have been able to receive assistance today.
The recognition received by SHJ Auto Sdn. Bhd. underscores the company’s role in contributing to sustainable socio-economic development through zakat, in line with national efforts to strengthen the welfare of the Muslim community.
KUALA LUMPUR, 12 Ogos – SHJ Auto Sdn. Bhd. merupakan antara 17 syarikat yang diraikan oleh Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) kerana menunaikan kewajipan zakat perniagaan mereka untuk haul 2025.
Pada program itu, SHJ Auto Sdn. Bhd. diwakili oleh Siti Rokiah Musa, Eksekutif Kanan Akaun & Sumber Manusia dan Nursyaza Nazira Raziman, Eksekutif Sumber Manusia.
Majlis tersebut dirasmikan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), dan turut dihadiri oleh Dato’ Sri Amrin Awaluddin, Pengerusi PPZ-MAIWP dan Haji Syed Kamarulzaman Syed Kabeer, Pengerusi MAIWP.
Majlis penghargaan tersebut diadakan bagi mengiktiraf komitmen organisasi korporat dan usahawan di Wilayah Persekutuan dalam menyokong kebajikan ummah melalui sistem zakat yang telus dan berkesan.
Dalam ucapannya, Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im menekankan bahawa zakat perniagaan bukan sahaja menyucikan harta, sebaliknya berfungsi sebagai pemangkin kepada pelbagai inisiatif bantuan, termasuk biasiswa pendidikan, sokongan untuk usahawan kecil, dan bantuan bulanan untuk keluarga asnaf. Beliau menyatakan bahawa tanpa komitmen penyumbang zakat, lebih daripada 34,000 ketua isi rumah asnaf mungkin tidak dapat menerima bantuan seperti yang dijalankan pada hari ini.
Pengiktirafan yang diterima oleh SHJ Auto Sdn. Bhd. menggariskan peranan syarikat dalam menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi yang mampan melalui zakat, selaras dengan usaha negara untuk memperkukuhkan kebajikan masyarakat Islam.