SHJ Auto Secures Level 3 Rating in Auto-SMART Programme

PUTRAJAYA, July 13 – SHJ Auto Sdn. Bhd. has achieved another milestone after successfully securing Level 3 recognition under the Automotive Smart Manufacturing Badge Assessment (Auto-SMART) Programme.

The prestigious recognition ceremony, held in Putrajaya, saw the award presented by Datuk Hanafi Sakri, Deputy Secretary General (Industry) of the Ministry of Investment, Trade and Industry (MITI), and Nizmar Mohd Nazar, Chief Executive Officer of the Malaysia Automotive, Robotics and IoT Institute (MARii), to the Managing Director of SHJ Auto Sdn. Bhd., YM Syed Mohammad Hafiz Jamalullail.

The event was also attended by 40 other companies receiving their respective awards.

From left: YM Syed Mohammad Hafiz Jamalullail, Managing Director of SHJ Auto Sdn. Bhd. ; Datuk Hanafi Sakri, Deputy Secretary General (Industry), Ministry of Investment, Trade and Industry; and Nizmar Mohd Nazar, Chief Operation Officer, Malaysia Automotive Robotics and IoT Institute

The Level 3 rating underscores SHJ Auto’s ongoing integration of Industry 4.0 technologies and smart manufacturing solutions into its core operations, reinforcing its market competitiveness amidst the sector’s rapid digital transition.

Designed as a benchmark for industrial readiness, the Auto-SMART initiative is spearheaded by MARii under the purview of MITI to assess and guide automotive manufacturers in deploying data-driven, sustainable, and high-efficiency production frameworks.

Commenting on the achievement, Syed Mohammad Hafiz expressed his appreciation to both MITI and MARii for their structural support of local industry players, attributing the milestone to the collective effort of the company’s workforce.

“This recognition serves as a key catalyst for SHJ Auto to further modernize our manufacturing infrastructure and enhance overall process efficiency, directly aligning with national aspirations to build a globally competitive smart manufacturing framework,” he said.


PUTRAJAYA, 13 Julai – SHJ Auto Sdn. Bhd. terus melakar pencapaian terbaiknya apabila berjaya meraih pengiktirafan Tahap 3 di bawah Program Penilaian Lencana Pembuatan Pintar Automotif (Auto-SMART).

Majlis pengiktirafan berprestij yang berlangsung di itu menyaksikan anugerah penarafan tersebut disampaikan oleh Datuk Hanafi Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha (Industri), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), Nizmar Mohd Nazar kepada Pengarah Urusan SHJ Auto Sdn. Bhd., YM Syed Mohammad Hafiz Jamalullail.

Majlis itu turut dihadiri oleh 40 syarikat lain yang menerima anugerah masing-masing.

Pengiktirafan Tahap 3 ini membuktikan komitmen berterusan SHJ Auto Sdn. Bhd. dalam pelaksanaan Teknologi Industri 4.0 serta mengintegrasikan amalan pembuatan pintar dalam operasi harian sekali gus mengukuhkan kedudukan syarikat sebagai antara penggiat industri automotif tempatan yang berdaya saing dan bersedia mendepani arus transformasi digital.

Program Auto-SMART yang diterajui oleh MARii di bawah naungan MITI bertujuan membimbing serta menilai keupayaan syarikat-syarikat automotif dalam melancarkan transisi ke arah persekitaran pembuatan yang lebih efisien, berasaskan data dan mampan.

Bercakap mengenai kejayaan tersebut, YM Syed Mohammad Hafiz Jamalullail merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada MARii dan MITI atas sokongan berterusan serta dorongan yang diberikan kepada industri automotif tempatan. Beliau turut menegaskan bahawa pencapaian ini adalah hasil usaha gigih dan dedikasi seluruh warga kerja SHJ Auto Sdn. Bhd.

“Pencapaian ini bakal menjadi pemangkin kepada SHJ Auto Sdn. Bhd. untuk terus memodenkan fasiliti pembuatan, mengoptimumkan kecekapan proses, dan menyokong aspirasi negara dalam memperkasakan ekosistem pembuatan pintar yang berdaya saing di peringkat global,” katanya.

Scroll to Top